Ikuti Kami:

Belum 24 Jam, Lagu Baharu BIGBANG ‘Still Life’ Berjaya Dominasi Carta Muzik Seluruh Dunia

Belum 24 Jam, Lagu Baharu BIGBANG ‘Still Life’ Berjaya Dominasi Carta Muzik Seluruh Dunia

VIP, korang dah dengar belum lagu baharu BIGBANG?

Setelah lama menunggu, kumpulan ‘legend’ K-Pop BIGBANG akhirnya kembali dengan muzik baharu buat peminat! Dikeluarkan pada 4 April jam 11PM (waktu Malaysia), muzik video bagi single baharu BIGBANG “Still Life” telah mengumpul lebih 9 juta tontonan kini. Bukan itu sahaja, ia juga telah berjaya trending #1 di banyak negara seperti di Vietnam, Japan, Australia, France dan termasuklah Malaysia sendiri.

Meskipun dikeluarkan pada waktu tengah malam di Korea Selatan, “Still Life” telah memperoleh lebih 140K pendengar unik di Melon dan 44K pendengar unik di Genie, serta menjadi lagu ke-2 yang mempunyai pendengar paling unik dalam masa 1 jam selepas “Celebrity” oleh IU.

bigbang still life

Bukan sahaja mendominasi carta muzik dan media di Korea Selatan, kemunculan semula BIGBANG juga diraikan oleh media asing seperti Rolling Stone, NME dan Vogue U.S., yang memberi perhatian kepada kepulangan BIGBANG.

Tambahan, BIGBANG juga telah memecahkan satu lagi rekod di platform muzik terbesar China QQ Music. Pada Ogos 2021, QQ Music menjadikan setiap akaun dihadkan kepada satu pembelian. Walaupun terdapat pembaharuan carta, BIGBANG telah membuktikan ‘kuasa’ mereka, dengan “Still Life” terjual lebih 1 juta hanya dalam masa 30 minit dan menjadi lagu terlaris di QQ Music dan di China sejak pembaharuan carta.

Sementara itu, YG Entertainment turut berkongsi,

BIGBANG memberi tumpuan semata-mata pada muzik kali ini. Mereka menggunakan single baharu ini untuk berkomunikasi dengan peminat muzik, dengan rasa terima kasih yang tulus.

Dengarkan BIGBANG “Still Life” di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...