Ikuti Kami:

Bekerjasama Untuk Jualan Tahunan 11.11, Lee Minho Jadi Duta Serantau Pertama Lazada

Bekerjasama Untuk Jualan Tahunan 11.11, Lee Minho Jadi Duta Serantau Pertama Lazada

Makin sibuk Lee Min-ho nampaknya selepas ini! Diam tak diam, lelaki kacak itu telah dilantik sebagai wajah baru untuk laman e-dagang Lazada.

Menurut pengumuman Lazada sendiri, Lee Min-ho telah dipilih sebagai wajah baru mereka untuk festival jualan beli-belah 11.11 tahunan dan juga duta pertama untuk kawasan Asia Tenggara.

Katanya, pelakon itu dipilih selaras dengan misi laman e-dagang tersebut untuk menyuntik pengguna dengan ‘kebahagiaan’. Lee Min-ho dipercayai dapat ‘menangkap imaginasi’ pelanggan dan menyebarkan kegembiraan di serata Asia Tenggara di mana ramai yang kini sedang hiba dek pandemik COVID-19.

 

View this post on Instagram

 

#Lazada1111 #LazadaXLMH

A post shared by 이민호 leeminho (@actorleeminho) on

Bahkan Lee Min-ho turut menzahirkan rasa gembiranya apabila dipilih sebagai wajah baru Lazada dan masa yang sama mahu berkongsi kegembiraan dengan pelanggan Lazada untuk jualan utama laman e-dagang tersebut iaitu festival beli-belah 11.11.

Saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Festival Beli-belah 11.11
Lazada sebagai duta jenama serantau mereka yang pertama. Seperti yang kita ketahui, Lazada merupakan sebuah platform beli-belah dalam talian dengan pendekatan serba inovatif serta fokus kepada pelanggan. Setakat ini, saya rasa ia sebuah pengalaman yang menyeronokkan dan penuh dengan kreativiti apabila dapat peluang bekerjasama dengan keluarga Lazada. Saya tidak sabar untuk memperkenalkan platform yang sesuai dengan gaya hidup kita ini kepada para peminat dan sahabat di Asia Tenggara.

Makin ramailah yang ‘serbu’ Lazada lepas pengumuman ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...