Ikuti Kami:

Bekas Kumpulan APRIL, Chaekyung Tamat Kontrak Bersama DSP Media

Bekas Kumpulan APRIL, Chaekyung Tamat Kontrak Bersama DSP Media

Umum pasti sudah mengenali kumpulan penyanyi APRIL yang sebelum ini bernaung dibawah DSP Media. Namun kumpulan itu telah dibubarkan secara rasminya pada 28 Januari yang lalu. Terbaru, bekas ahli kumpulan tersebut, Chae-kyung turut berpisah dengan agensi tersebut.

Sebelum ini, kumpulan penyanyi APRIL yang mula debut pada 24 Ogos 2015 sangat bergiat aktif dalam dunia industri muzik K-pop sehingga berjaya meraih perhatian peminat dan mempunyai ‘fandom’ mereka sendiri iaitu “Pineapple”. Namun, atas kesulitan yang tidak dapat dielakkan mereka akhirnya bubar secara rasmi.

chaekyung

Baru-baru ini, Chae-kyung menyuarakan bahawa dia ingin beralih arah untuk mencuba sesuatu yang baru dan menamatkan kontraknya bersama DSP Media pada 20 April lalu. DSP Media turut berkongsi kenyataan daripada pihak mereka,

Hello. Ini ialah DSP Media.

Kami telah membincangkan promosi untuk masa depan bersama artis agensi kami, Yoon Chae-kyung. Selepas perbincangan yang panjang, kami telah memutuskan untuk menghormati hasrat Yoon Chae-kyung untuk memulakan semula kariernya di tempat baharu dan pada 20 April 2022, kontraknya telah tamat secara rasmi.

Kami ingin menyampaikan rasa terima kasih kami kepada Yoon Chae-kyung, yang telah lama bergiat dalam pelbagai bidang, serta tidak dilupakan juga kepada peminat yang menyayangi dan menyokong Yoon Chae-kyung. Tolong teruskan memberi sokongan dan perhatian kepada Yoon Chae-kyung kerana dia kini memulakan sebuah perjalanan yang baru.

Terima kasih.

Diharapkan agar perjalanan baru bagi karier Chae-kyung ini akan terus membuahkan hasil untuknya di masa akan datang. Para peminat “Pineapple” dan juga peminat yang lain teruskan memberi sokongan okay!

Teruskan semangat Chae-kyung!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...