Ikuti Kami:

Bekas Kekasih Hubungi Selepas Kejayaan ‘SWF’, Ramai Kagum Dengan Respon Lee Jung YGX

Bekas Kekasih Hubungi Selepas Kejayaan ‘SWF’, Ramai Kagum Dengan Respon Lee Jung YGX

Baru-baru ini, Lee Jung YXG telah menjadi tetamu di siaran YouTube Park Myung-soo.

Dalam rancangan hiburan web “Hal Myung-soo” yang telah dikeluarkan pada 14 Januari, Park Myung-soo berborak dengan Lee Jung. Semasa mengambil gambar untuk Lee Jung, Park Myung-soo bertanya, adakah bekas teman lelaki Lee Jung pernah menghubunginya selepas dia menjadi terkenal menerusi program Mnet “Street Woman Fighter”.

Awak pernah bercinta dengan seseorang? Adakah awak mendapat sebarang panggilan daripada bekas kekasih awak selepas menjadi terkenal?

lee jung ygx

Lee Jung berkata bahawa dia pernah bercinta sebelum ini, dan dia menjawab,

Orang itu (bekas kekasihnya) menelefon saya dan berkata, ‘Awak telah melakukannya dengan baik. Saya gembira melihatnya’.

Lee Jung dengan yakin membalas ucapan itu,

Ya, saya juga gembira kerana saya telah berjaya. Terima kasih.

lee jung ygx hal myungsoo

Park Myung-soo yang berasa kagum dengan respon yang diberi Lee Jung berkata,

Wah, anak muda zaman sekarang sangat hebat. Dari mana awak dapat keyakinan ini?

Lee Jung kemudiannya menjawab,

Saya suka menjadi kuat. Tidak takut kepada apa-apa adalah bakat terbesar saya.

‘Cool’ betul Lee Jung!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...