Ikuti Kami:

Bekas Ahli IZ*ONE Kim Minju Tolak Tawaran HYBE Untuk Sertai Kumpulan Baru – Kenapa?

Bekas Ahli IZ*ONE Kim Minju Tolak Tawaran HYBE Untuk Sertai Kumpulan Baru – Kenapa?

Bekas anggota kumpulan IZ*ONE, Kim Min-ju dilaporkan telah menolak tawaran dari HYBE Labels untuk sertai kumpulan gadis baru di agensi mereka.

Min-ju yang kini ialah trainee di bawah agensi Urban Works Media telah memutuskan untuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang pelakon, dan bukannya idol. Seorang kakitangan dari industri menyatakan bahawa HYBE sememangnya ingin mendapatkan Min-ju dan telah menghubungi Urban Works, syarikatnya sekarang hingga September 2021. Namun, Urban Works dengan tegas menolak tawaran HYBE dengan menyatakan bahawa mereka akan menghormati keputusan Min-ju.

kim minju

Peminat amat menghormati keputusan tersebut kerana Min-ju sendiri pernah menyatakan bahawa dia ingin debut sebagai seorang pelakon, bukannya idol. Malahan, sebelum debut sebagai idol, dia telah menjadi trainee sebagai seorang pelakon dahulu. Namun, setelah dia ditawarkan untuk sertai ‘Produce 48’ iaitu rancangan ‘survival’, Min-ju telah berjaya debut sebagai seorang idol di bawah kumpulan IZ*ONE.

Apabila kumpulan itu telah pun bubar pada April yang lalu, Min-ju yakin bahawa dia ingin meneruskan kerjayanya sebagai seorang pelakon. Oleh itu, dia telah memilih untuk menolak tawaran dari HYBE untuk sertai kumpulan baru di situ.

Mungkin ini apa yang terbaik buat Min-ju.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...