Semakin hangat isu yang diperkatakan mengenai Park Min-young sejak kelmarin.
BACA: “Jangan Buat Bodoh” – Didakwa ‘Ditaja’ Bekas Kekasih, Respon Park Minyoung Dikritik Netizen
Bagi yang tidak mengetahui, Dispatch mendedahkan bahawa pelakon berkenaan menerima wang sebanyak 250 juta won (RM880,352) dari bekas kekaksihnya, Kang Jong-hyun iaitu pemilik mata wang krypto Bithumb yang sedang di bawah siasatan polis kini.
Pun begitu, agensi wanita berkenaan bertegas bahawa dia tidak mempunyai kaitan langsung dalam hal ini dan wang berkenaan merupakan transaksi yang dilakukan oleh kang Jong-hyun sendiri atas urusan peribadi.
Selepas insiden itu didedahkan, Park Min-young dilihat hadir di hadapan wartawan dengan senyuman lebar ketika sambutan parti tamat penggambaran “Marry My Husband”. Rata-rata komen dilihat mengkritik wanita itu sebagai ‘bermuka tebal’ dan tak kurang juga yang menyebut mengenai wajahnya yang sedikit berlainan,
Kenapa dengan hidungnya?
Patut diam je kat rumah, bukan berparti.
Bermuka tebal dek kesemua pembedahan plastik itu.
Dia lihat kamera Dispatch dan masih tersenyum lagi.
Dia buat apa dengan hidungnya.
Dia kan kurangkan berat badan, sudah semestinya ia menekankan hidung asal yang dibuat.
Habis semua kena bahan..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.