Ikuti Kami:

“Bedah Buah Dada, Saya Naikkan Berat..” – Cha Jooyeong Ulas Imej Seksi Dalam ‘The Glory’

“Bedah Buah Dada, Saya Naikkan Berat..” – Cha Jooyeong Ulas Imej Seksi Dalam ‘The Glory’

Cha Joo-young nyata terpijak tuah apabila membawa watak Choi Hye-jeong dalam drama “The Glory”.

Menerusi sebuah temubual eksklusif bersama majalah Allure, pelakon wanita itu berkongsi lebih mengenai wataknya di dalam siri ‘hit’ di Netflix itu. Jelasnya,

Saya memberikan perhatian kepada kostum dan gaya rambut berbeza bagi setiap situasi. Saya mahu menampilkan sisi yang lebih ringan. Dalam babak dia sebagai pramugari, saya mahu kelihatan kemas dan ringkas.

cha jooyoung the glory

Ulasnya mengenai cara penjagaan badan,

Pada ketika penggambaran, saya menambah sedikit berat badan. Watak itu sendiri melakukan pembedahan buah dada. Saya tak jaga badan dengan sendiri ketika penggambaran. Saya hanya mengekalkan penampilan saya.

Mengenai dress putih yang menjadi bualan semua, jelas Cha Joo-young,

Terdapat sepasang kostum Chanel yang disediakan oleh pasukan jurugaya. Mereka menyediakan pakaian yang pendek, kurang terdedah, dress comel namun pengarah mahu saya menyarungkan dress ini dalam drama itu. Saya menolak kerana tidak mahu nampak buruk di dalam skrin tapi saya tetap merakamkan babak itu dengan dress berkenaan. Saya tak menyangka ia akan menjadi topik hangat.

cha jooyoung the glory

Ikonik kan dress putih ini?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...