Ikuti Kami:

Beauty With Brain! Gu Hyesun Berjaya Tamat Pengajian Di Universiti Sungkyunkwan Dengan Gred Bagus

Beauty With Brain! Gu Hyesun Berjaya Tamat Pengajian Di Universiti Sungkyunkwan Dengan Gred Bagus

Memang ‘beauty with brain’ betul Gu Hye-sun ni tau!

Terbaru pada 14 Februari, Gu Hye-sun berkongsi bahawa dia bakal menamatkan pengajiannya di Fakulti Sastera Universiti Sungkyunkwan, dalam jurusan filem.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon itu meluahkan,

Saya akhirnya telah menamatkan perjalanan panjang ini dan bakal menamatkan pengajian pada 23 Februari. Saya menulis ini dengan hati yang gembira kerana dapat tamatkan pengajian dengan cemerlang. Saya tidak akan melupakan jasa pelajar dan profesor di Universiti Sungkyunkwan yang membantu saya untuk meraih pencapaian ini satu persatu. Terima kasih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 구혜선 (@kookoo900)

Apa yang lebih mengagumkan, Gu Hye-sun juga turut berjaya menerima ijazah dengan purata GPA 4.27, menjadi inspirasi buat ramai orang di luar sana.

Terdahulu, wanita itu telah memulakan pengajiannya pada 2011 dan selepas mengambil cuti lama, dia kembali sambung belajar pada 2020.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...