Ikuti Kami:

Bayaran Per Episod Kurang Daripada Song Hyekyo & Jun Jihyun, Penonton ‘Demand’ Kim Heeae Dibayar Lebih!

Bayaran Per Episod Kurang Daripada Song Hyekyo & Jun Jihyun, Penonton ‘Demand’ Kim Heeae Dibayar Lebih!

Siapa sangka drama “The World Of The Married” akan meletup sehingga begini sekali? Dengan rating yang mencanak naik pada saban hari, ramai penonton yang dah tak sabar menantikan episod akhirnya yang bakal ditayangkan pada Sabtu nanti.

Meskipun dikemudikan oleh pelbagai nama hebat tetapi watak Ji Sun-woo yang dilakonkan oleh pelakon veteran Kim Hee-ae nyata meninggalkan impak yang paling besar dalam hati penonton setia naskhah tersebut. Dengan memek muka yang menjadi selain lakonan yang tiada cacat cela, para peminat dapat menjiwai kesakitan yang dialami oleh wanita tersebut yang dikhianati oleh orang terdekatnya sendiri.

bayaran kim heeae per episod

Disebabkan oleh perhatian yang tidak dijangka terhadap pelakon wanita ini, sebuah rancangan hiburan telah mendedahkan bayaran yang diterima olehnya bagi setiap episod “The World Of The Married”.

Khabar angin bertiup mengatakan bahawa Kim Hee-ae menerima bayaran sebanyak 70 ke 80 million won (RM248K-RM283K) per episod. Disebabkan “The World Of The Married” mempunyai 16 episod kesemuanya, bermakna pelakon ini menerima bayaran lebih kurang 1.2 billion won (RM4.2 juta).

Dikatakan juga bahawa pelakon berusia 54 tahun ini merupakan pelakon wanita dengan bayaran tertinggi tetapi tidak termasuk pelakon Go Hyun-jung, Jun Ji-hyun, Son Ye-jin dan Song Hye-kyo.

bayaran kim heeae per episod

Rata-rata netizen yang mendengarkan bayaran Kim Hee-ae bukannya cemburu, malahan meminta pihak produksi supaya memberikan bayaran yang lebih kerana kehebatan lakonannya yang tiada tandingannya.

Disebabkan lakonan Kim Hee-ae adalah sangat hebat, saya tak rasa ia adalah satu jumlah yang sangat besar. Lee Min-ho dan Suzy… tak malu ke terima bayaran tinggi dengan mutu lakonan sebegitu rupa?

 

Memang selayaknya Kim Hee-ae terima bayaran sebanyak itu.. dia adalah watak yang ‘menghidupkan’ drama tersebut.

 

Apa kurangnya Kim Hee-ae kalau nak dibandingkan dengan Go Hyun-jung, Jun Ji-hyun, Son Ye-jin dan Song Hye-kyo? Rating rendah? Mutu lakonan?

 

Sikitnya.. kalau ambil kira lakonannya, Kim Hee-ae patut terima bayaran lebih banyak lagi.

 

Sedangkan Lee Min-ho pun dapat 1 billion won (RM3 juta) per episod dengan mutu lakonan sedemikian, patutnya Kim Hee-ae dapat banyak lagi.

 

Dia sepatutnya mendapat bayaran yang lebih banyak lagi. Kim Hee-ae sanggup terjun laut untuk drama ini…

Dah veteran pun tapi bayarannya masih lagi agak rendah daripada beberapa pelakon lain terutamanya pelakon lelaki.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...