Ikuti Kami:

Bayaran Kim Soohyun RM670K Bagi Per Episod ‘Psycho But It’s Okay’, Netizen Marah Gaji Pelakon Melampau!

Bayaran Kim Soohyun RM670K Bagi Per Episod ‘Psycho But It’s Okay’, Netizen Marah Gaji Pelakon Melampau!

Asyik muncul sebagai pelakon istimewa sahaja dalam beberapa drama seperti “Hotel Del Luna” dan “Crash Landing On You” sejak kebelakangan ini, ramai yang sudah rindu untuk melihat Kim Soohyun beraksi sebagai teraju utama dalam drama baru. Habis sahaja latihan khidmat ketenteraannya, pelakon lelaki itu nampaknya sibuk menguruskan hal seninya kerana dia kini dikhabarkan sudah membina agensi sendiri bersama abang saudaranya.

Tetapi jangan risau kerana Kim Soohyun sudah pun disahkan akan berlakon dalam drama bertajuk “Psycho But It’s Okay” tak lama lagi! Bayangkan ini adalah drama pertamanya selepas tamat drama “Producer” pada tahun 2015.

bayaran kim soohyun

Pelakon kacak itu bakal membawa watak Moon Kangtae iaitu seorang penjaga perubatan di wad psikiatri yang kehilangan ibu dan ayah sejak kecil lagi dan terpaksa menjadi ketua keluarga pada usia yang sangat muda. Hidup Kangtae dihabiskan dengan menjaga abangnya yang autistik dan dia bekerja keras pada saban hari untuk mencari rezeki bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka berdua.

Siapa sahaja yang tak kenal dengan Kim Soohyun kan? Dia merupakan antara seorang pelakon lelaki yang menjadi rebutan ramai pengarah kerana kehebatan lakonannya. Banyak ‘demand’, makin mahal bayarannya kan? Menurut portal media OSEN, Kim Soohyun mendapat bayaran termahalnya setakat ini menerusi drama “Psycho But It’s Okay” dengan caj sebanyak 200 million won (lebih kurang RM697,000) untuk setiap episodnya. Wow!

bayaran kim soohyun

Rata-rata netizen sangat teruja dengan berita Kim Soohyun yang akan kembali menggegarkan kaca televisyen selepas 5 tahun. Pun begitu, ada juga segelintir netizen yang terkejut apabila mengetahui bayaran yang diterima oleh pelakon lelaki itu. Bagi mereka, selebriti menerima jumlah pendapatan yang sangat tak masuk akal!

Bayaran pelakon adalah sangat mahal. Rakyat biasa hanya mampu menangis walaupun kami tahu dia seorang pelakon yang bagus.

 

Pelakon menerima bayaran yang sangat tinggi tetapi macam mana pula dengan gaji staf produksi yang lain? Adakah anda pernah terfikir tentangnya?

 

200 million won macam melampau sahaja.

 

Bagi rakyat biasa yang bersusah payah untuk sara hidup… ini adalah satu berita yang tak menggembirakan langsung..

 

Jumlah yang diterima adalah sangat tak masuk akal. Bayaran selebriti adalah suatu perkara yang perlu difikirkan secara serius.

 

Sejujurnya, adakah itu suatu yang normal??? Walaupun dia seorang pelakon yang bagus, kondisi kakitangan produksi seharusnya dibaik pulih sekiranya dia menerima bayaran sebanyak itu. Dengan banyak kes di mana staf mengalami kecelakaan semasa penggambaran, jumlah 200 million won adalah sangat melampau. Bukannya dia seorang pelakon yang sangat hebat pun.

Jumlah 200 million won bukanlah satu nombor yang sangat kecil, sudah tentu ramai netizen yang terkejut dengan pendedahan itu. Atas alasan apa para selebriti diberikan bayaran sedemikian walhal mereka bukannya bekerja sepanjang hari seperti pekerja biasa yang lain.

Apa-apa pun, “Psycho But It’s Okay” akan mula menemui penonton separuh kedua 2020. Sama-sama kita tunggu!

Sumber: OSEN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...