Ikuti Kami:

“Bayangkan Kalau BIGBANG..” – Hanya Beberapa Jam Tiket Dijual, Konsert Taeyang Di Malaysia SOLD OUT

“Bayangkan Kalau BIGBANG..” – Hanya Beberapa Jam Tiket Dijual, Konsert Taeyang Di Malaysia SOLD OUT

Rasanya memang semua tak senang duduk apabila Taeyang BIGBANG mengumumkan bakal mengadakan konsert di Malaysia pada 7 Disember nanti.

Hari yang ditunggu telah pun tiba, kesemua peminat lelaki itu dilihat merebut tiket yang mula dijual semalam. Walau bagaimanapun, tak sampai beberapa jam, kesemua tiket telah pun habis terjual.

Bakal diadakan di Axiata Arena yang boleh memuatkan hampir 10,000 penonton, rata-rata netizen Malaysia meluahkan rasa sedih kerana ada segelintir daripada mereka tidak berkesempatan untuk membelinya.

taeyang sold out

Komen mereka,

  • Aku patah hati sebab tak dapat pergi Taeyang, dah sold out.
  • Dengar cerita tiket Taeyang sold out sekelip mata.
  • Taeyang kot, confirm lah sold out.
  • Serius lah dah sold out.
  • Taeyang pun sold out, bayangkan kalau BIGBANG.

Untuk pengetahuan, Taeyang baru sahaja menyelesaikan konsert solo ‘THE LIGHT YEAR’ di Seoul baru-baru ini dan Malaysia menjadi negara kedua untuk konsert jelajah Asia berkenaan.

Ada tak yang dapat beli tiket?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...