Ikuti Kami:

Gabung 3 Watak Lama Jadi 1, Penampilan Khas Seo Hyunjin Dalam ‘Record Of Youth’ Jadi Bualan Ramai

Gabung 3 Watak Lama Jadi 1, Penampilan Khas Seo Hyunjin Dalam ‘Record Of Youth’ Jadi Bualan Ramai

Rasanya ramai yang seronok apabila mendapat tahu bahawa Seo Hyun-jin bakal membuat kemunculan istimewa dalam drama “Record Of Youth”.

Setelah lama dinanti-nanti, akhirnya pelakon wanita itu membuat kemunculan dalam episod kelmarin dengan membawa watak seorang pelakon popular yang berlakon sekali dengan Sa Hye-jun (Park Bo-gum) dalam sebuah drama perubatan “Gateway”.

Seronok melihat Seo Hyun-jin sebagai seorang pelakon senior yang tak putus-putus memberi kata semangat kepada lelaki itu apabila dia berasa gundah-gulana dek sering tersilap menyebut terma perubatan semasa penggambaran.

seo hyunjin record of youth

Bahkan peminat perasan bahawa watak istimewa Seo Hyun-jin itu diinspirasikan daripada watak yang pernah dibawanya sebelum ini. Di mana nama wataknya dalam “Record Of Youth” ini iaitu Lee Hyun-soo, sama dengan nama wataknya dalam “Temperature Of Love”. Pekerjaan sebagai pelakon yang sama dengan wataknya dalam “Beauty Inside” dan lakonannya sebagai doktor sama seperti watak Yeon Seo-jung dalam “Romantic Doctor Kim”.

Meskipun hanya muncul sebentar sahaja, tetapi kebanyakan penonton terpesona melihat kehebatan Seo Hyun-jin berlakon.

 

Saya rasa seperti Yeon Seo-jung dan kembali, saya sentiasa sokong Seo Hyun-jin yang boleh dipercayai bila berlakon.

 

Seo Hyun-jin memang benar-benar hebat!

 

Seronok betul bila tengok Seo Hyun-jin berlakon.

 

Doktor Yun Seo-jeong.. apabila dah habis bercuti.. cepat-cepat kembali ke Hospital Doldam tau!

Seo Hyun-jin memang hebat berlakon! Walhal watak istimewa sahaja pun, dia boleh ‘tapau’.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...