Ikuti Kami:

Bawa Watak Penipu Dalam ‘Private Life’, Penampilan Unik Girls’ Generation Seohyun Buat Netizen Terkejut

Bawa Watak Penipu Dalam ‘Private Life’, Penampilan Unik Girls’ Generation Seohyun Buat Netizen Terkejut

Seo-hyun daripada kumpulan Girls’ Generation dan Go Kyung-pyo bakal bergabung tenaga dalam sebuah drama JTBC terbaru iaitu “Private Life”. Drama itu membawa kisah sekumpulan penipu yang tanpa sengaja terlibat dengan hal rahsia kerajaan dan terpaksa bersaing dengan syarikat korporat besar.

Selepas tamat berlakon dalam drama penuh “Time” pada tahun 2018, Seo-hyun hanya membintangi sebuah drama pendek “Hello Dracula” pada awal tahun ini. “Private Life” menandakan kepulangan idola dan pelakon itu untuk drama bersiri penuh. Seo-hyun bakal membawa watak Cha Ju-eun iaitu seorang penipu bergaya yang suka menyamar sebagai hobinya selain menipu.

seohyun private life

Joo-eun menjadi penipu bukanlah atas pilihan tetapi kerana mengikut jejak ayahnya Cha Hyun-tae (Park Sung-geun) dan ibunya, Kim Mi-suk (Song Sun-mi). Bersyukur kepada kecantikan semula jadinya, wanita itu mampu mengubah penampilan tanpa sebarang masalah selain mempunyai kemahiran berlakon yang hebat dalam mendalami karakter yang berbeza untuk meyakinkan orang lain tentang penipuannya.

Menerusi gambar yang diriliskan oleh pihak produksi “Private Life”, Seo-hyun dilihat mengenakan pelbagai pakaian yang berbeza gaya. Dengan solekan, rambut palsu, dan pakaian yang disesuaikan mengikut suasana watak, dia juga tampil elegan, seksi dan berkarisma dalam kesemua watak penyamarannya itu. Sampaikan ramai yang mempersoalkan “Adakah ini Seo-hyun?” kerana penampilan yang sangat berbeza daripada wanita itu.

seohyun private life

Pihak produksi drama ini turut berkongsi perubahan yang dilalui oleh Seo-hyun sebagai Cha Ju-eun.

Transformasinya adalah tidak konvensional. Seo-hyun yang terkenal dengan imej lembut dan cantiknya mampu untuk menghadam karakternya sebagai seorang penipu. Ini adalah momen perubahan Seo-hyun sebagai seorang pelakon yang dinantikan semua atau pun bagi sesiapa yang tak menjangkakannya langsung. Seronok rasa sekiranya anda meletakkan harapan pada kelahiran Seo-hyun yang bakal menunjukkan personanya.

Lebih mengujakan kerana Seo-hyun bakal bergandingan dengan Go Kyung-pyo dan walaupun belum ditayangkan, semua orang tak berhenti menyebut mengenai visual mereka yang sepadan.

“Private Life” bakal ditayangkan pada 16 September ini di JTBC!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...