Ikuti Kami:

Bawa Watak Pegawai Polis, Jung Hoyeon Sah Sertai Filem ‘HOPE’

Bawa Watak Pegawai Polis, Jung Hoyeon Sah Sertai Filem ‘HOPE’

Selepas kejayaan drama “Squid Game”, kini Jung Ho-yeon bakal menemui peminatnya menerusi filem baru tidak lama lagi.

Terbaru, pelakon Jung Ho-yeon mengesahkan bahawa dia bakal terajui filem pertamanya berjudul “HOPE” arahan pengarah Na Hong-jin.

Sedikit sinopsis, filem ini mengisahkan tentang penduduk yang menghadapi serangan misteri yang bermula di bandar pelabuhan terpencil di Pelabuhan Hopo. Model itu akan memegang watak sebagai seorang pegawai polis bernama Seong-ae.

jung hoyeon

Untuk maklumat, pelakon wanita itu akan bekerjasama dengan Hwang Jung-min, Jo In-seong, Alicia Vikander dan Michael Fassbender.

Kemudian, pengarah Na Hong-jin memberitahu kepada media Amerika mengenai sebab ingin bekerja dengan Jung Ho-yeon.

Segala-galanya tentang Jung Ho-yeon adalah sepadan dengan watak yang saya bayangkan. Saya yakin dengan tenaga yang bakal diberikan oleh pelakon itu akan membantu filem ini.

jung hoyeon

Info tambahan, Jung Ho-yeon menerajui drama pertamanya di Netflix iaitu “Squid Game” pada tahun 2021 dan dia merupakan pelakon Korea pertama yang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik SAG Amerika Syarikat ke-28.

Wah, tak sabarnya nak tengok karya seterusnya dari Jung Ho-yeon!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...