Ikuti Kami:

Bawa Watak Menarik, Uhm Taegoo, Han Sunhwa, & Kwon Yool Sah Terajui Drama ‘The Woman Who Plays’

Bawa Watak Menarik, Uhm Taegoo, Han Sunhwa, & Kwon Yool Sah Terajui Drama ‘The Woman Who Plays’

JTBC bakal keluarkan naskhah baru!

Berdasarkan webtoon popular dengan nama yang sama, “The Woman Who Plays” ialah drama percintaan antara Seo Ji-hwan (Uhm Tae-goo), bekas ketua kumpulan kongsi gelap dan Go Eun-ha (Han Sun-hwa), seorang YouTuber yang memuat naik kandungan untuk kanak-kanak.

Watak yang bakal dibawa oleh Uhm Tae-goo telah menamatkan masa lalunya sebagai bos sebuah organisasi dan kembali sebagai CEO perusahaan sosial ‘Thirsty Deer’. Seo Ji-hwan ialah watak yang mengembara ke seluruh Korea, membubarkan organisasi serta merekrut bekas banduan dan membawa mereka kepada kehidupan baharu.

drama the woman who plays

Manakala, peranan yang dibawa oleh Han Sun-hwa pula sangat menarik. Dia merupakan seorang yang sangat penyayang dan ingin memberi sepenuhnya kepada anak-anaknya walaupun perlu bekerja keras mencari wang.

Selain itu, Kwon Yool yang memegang watak Jang Hyun-woo, sangat baik kepada kanak-kanak tetapi mempunyai kepercayaan keras bahawa ‘orang tidak berubah’ apabila ia berkaitan dengan penjenayah. Dia amat curiga terhadap Seo Ji-hwan yang dapat menerima bekas banduan tanpa rasa ragu.

Untuk pengetahuan, “The Woman Who Plays” dijadualkan tayangannya pada tahun ini.

Nantikan kemas kini lanjut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...