Ikuti Kami:

Bawa Watak Kecelaruan Personaliti Anti-Sosial, Lakonan Lee Junki Dalam ‘Flower Of Evil’ Dibanjiri Pujian

Bawa Watak Kecelaruan Personaliti Anti-Sosial, Lakonan Lee Junki Dalam ‘Flower Of Evil’ Dibanjiri Pujian

Semua sedia maklum bahawa Lee Jun-ki merupakan pelakon yang sangat hebat. Tapi mutu lakonannya dalam drama “Flower Of Evil” yang sedang ditayangkan kini nyata menjadi buah mulut orang ramai!

“Flower Of Evil” ialah sebuah thriller penuh saspens mengenai Baek Hee-sung (Lee Jun-ki) yang menyembunyikan kisah lampaunya dan berpura-pura mencintai isterinya, Cha Ji-won (Moon Chae-won). Apabila wanita itu yang merupakan seorang detektif mula mengesyaki bahawa suaminya mungkin adalah seorang pembunuh bersiri, pasangan tersebut kini diheret ke lembah kebenaran yang mendebarkan.

lakonan lee junki dalam flower of evil dipuji

Walaupun baru 3 minggu bersiaran, namun penonton dan pengkritik dah membanjiri pujian kepada Lee Jun-ki kerana gambaran hebat pelakon itu untuk watak Baek Hee-sung yang merupakan seorang yang berkira dan manipulatif. Oleh kerana watak itu menderita masalah personaliti anti-sosial dan tidak mampu merasai emosi seperti orang lain, terdapat banyak babak di mana lelaki itu perlu berpura-pura ‘menyarungkan’ sesuatu emosi yang tidak mampu dirasainya. Bahkan Lee Jun-ki berjaya melakonkan babak tersebut dengan sempurnanya!

Penonton memberikan ‘thumbs up’ kepada pelakon popular itu kerana mampu menonjolkan personaliti sebenar Baek Hee-sung tanpa cela dengan lakonannya yang meyakinkan. Sampai mereka memuji kehebatannya mengawal otot wajah untuk menghidupkan watak yang sukar berkenaan.

lakonan lee junki dalam flower of evil dipuji

[Amaran SPOILER]

Lee Jun-ki membuatkan penonton gementar dengan kebolehannya berubah daripada seorang suami yang penyayang kepada seorang pembunuh yang kejam dalam sekelip mata sahaja. Pada awal tayangan “Flower Of Evil”, Baek Hee-sung didedahkan sebagai seorang lelaki bernama Do Hyun-soo dan telah membawa satu identiti baru. Meskipun baru sahaja beberapa episod ditayangkan, pelakon itu berjaya berubah daripada satu persona ke persona lain dengan lancarnya membuatkan kebanyakan penonton meremang bulu roma!

Sama-sama kita saksikan perkembangan hubungan Baek Hee-sung dan Cha Ji-won apabila mereka kian mendekati kebenaran yang menyakitkan.

Saksikan “Flower Of Evil” pada setiap Rabu dan Khamis dan tvN!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...