Ikuti Kami:

Bawa Watak Duda, Lee Dongwook Dilamar Terajui Drama ‘Divorce Insurance’

Bawa Watak Duda, Lee Dongwook Dilamar Terajui Drama ‘Divorce Insurance’

Terbaru pada 4 Jun, media melaporkan bahawa Lee Dong-wook telah menerima tawaran untuk terajui drama baru berjudul “Divorce Insurance”.

Bagaimanapun, agensi pelakon itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lagi setakat ini.

Untuk pengetahuan, “Divorce Insurance” akan mengikuti pasukan pembangunan syarikat insurans, yang mencipta produk berkaitan perceraian. Ia adalah drama yang mengimbas kembali tentang cinta, perkahwinan, perceraian dan sebagainya melalui proses penetapan premium insurans.

lee dongwook

Jika Lee Dong-wook menerima tawaran tersebut, dia dijangka akan membawa watak sebagai Noh Ki-jun, seorang lelaki yang sudah tiga kali bercerai. Dia juga merupakan seorang aktuari insurans elit yang berkelulusan universiti terkenal di luar negara, yang membangunkan isurans berkaitan perceraian berdasarkan pengalamannya.

Sementara itu, “Divorce Insurance” dijangka akan memulakan penggambaran tak lama lagi, dan bakal disiarkan di saluran tvN pada separuh pertama tahun depan.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Donga

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...