Ikuti Kami:

Bawa Watak Banduan Ceria, Jun Somin Sertai Barisan Pelakon Filem ‘Girls’

Bawa Watak Banduan Ceria, Jun Somin Sertai Barisan Pelakon Filem ‘Girls’

Mula aktif dalam rancangan hiburan sejak 2017, Jun So-min kini semakin menjadi penghibur popular apabila menyertai program “The Sixth Sense” dan turut menjadi tetamu jemputan untuk program lain.

Walaubagaimanapun, pelakon wanita itu sering meluahkan bahawa dia juga mahu berlakon dalam drama dan filem memandangkan dia merupakan seorang pelakon pada dasarnya.

Berita gembira untuk Jun So-min dan juga peminatnya kerana dia disahkan bakal menyertai sebuah filem terbaru bertajuk “Girls”. Mengisahkan kisah seorang gadis 19 tahun yang memasuki penjara atas pertuduhan yang bukan salahnya, ia menampilkan ramai pelakon baru sehinggalah ke pelakon veteran seperti Hwang Seok-jeong, Shin Eun-jung dan Kim Mi-hwa.

filem girls

Meskipun teraju utama akan dilakonkan oleh Hong Ye-ji namun Jeon So-min bakal melakonkan watak salah seorang banduan yang mempunyai tenaga yang positif dan sering menceriakan hari-hari semua orang yang terperangkap di situ.

Sudah pun memulakan penggambaran pada 25 Mei lalu, namun belum dinyatakan secara spesifik bilakah tayangan rasminya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...