Ikuti Kami:

Bawa Watak Anak Perempuan Dalam ‘Hi Bye, Mama!’, Netizen Risau Perkembangan Identiti Pelakon Cilik Lelaki Itu

Bawa Watak Anak Perempuan Dalam ‘Hi Bye, Mama!’, Netizen Risau Perkembangan Identiti Pelakon Cilik Lelaki Itu

“Hi Bye, Mama!” merupakan drama yang kini menjadi sebutan orang ramai! Meskipun baru sahaja 6 episod ditayangkan tetapi jumlah penonton semakin meningkat pada saban episod. Kim Taehee ternyata memilih naskhah yang betul untuk membuat kemunculan semula selepas 5 tahun berehat daripada dunia lakonan.

Memang ramai yang puji habis lakonan pelakon dewasa seperti Kim Taehee dan Lee Kyuhyung tetapi penonton juga jatuh hati apabila melihat kecomelan pelakon cilik yang membawa watak anak perempuan Cha Yuri iaitu Seo Woo. Kalau anda nak tahu, kanak-kanak ini memang dah beberapa kali berlakon dalam drama lain selain turut menjadi model untuk pelbagai iklan. Hebatnya!

seo woo hi bye mama

Dalam sibuk penonton menghayati “Hi Bye, Mama!”, semua nyata terperanjat apabila mengetahui pelakon cilik yang membawa watak anak perempuan itu sebenarnya adalah seorang lelaki. Apa? Serius tahu! Mungkin sebab dia mainkan watak Seo Woo dengan baik sekali sehingga tiada siapa syak langsung bahawa dia adalah seorang kanak-kanak lelaki.

Pun begitu, ada juga beberapa netizen yang tidak bersetuju dengan pemilihan kanak-kanak lelaki untuk membawa watak perempuan. Bagi segelintir, ianya mampu mengelirukan pelakon cilik itu tentang identiti dirinya kerana dia masih lagi dalam proses tumbesaran dan sedang melalui fasa ingin tahu tentang pelbagai perkara.

Kanak-kanak itu bekerja dengan keras.

 

Walaupun macam mana saya lihat, penulis skrip ini seperti bermasalah. Semasa tulis untuk drama ‘Go Back’ pun, dia ambil pelakon kanak-kanak perempuan untuk lakonkan watak lelaki?

 

Saya tak pasti kenapa mereka perlu buat begitu.

 

Ketika usia sebegitu, tak berat ke untuk dia mempelajari tentang identiti jantina dan personaliti berdasarkan psikologi?

 

Tapi kenapa perlu ambil pelakon kanak-kanak lelaki.. tak pun tukarlah watak sebagai anak lelaki.. Kanak-kanak itu sedang dalam proses mengenali identiti jantina, takut beri kesan kepadanya nanti.

hi bye mama

Sepatutnya tak jadi masalah pun sebabnya dia hanyalah berlakon. Lagipun pihak produksi “Hi Bye, Mama!” pun ada menjelaskan tujuan mereka memilih Seo Woojin untuk membawa watak anak Cha Yuri adalah kerana mukanya yang mempunyai iras dengan Kim Taehee. Bukannya hal besar pun!

Sumber: Sports Donga

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...