Ikuti Kami:

Bawa Teman Lelaki Ke Acara Luar Negara Sampai Susahkan Staf Syarikat, Netizen Berteka-Teki Gerangan Idola F

Bawa Teman Lelaki Ke Acara Luar Negara Sampai Susahkan Staf Syarikat, Netizen Berteka-Teki Gerangan Idola F

Dunia hiburan Korea ini bukanlah seperti apa yang dijangkakan. Peminat hanya nampak yang indah-indah sahaja walhal banyak sahaja gosip dan khabar angin buruk yang berterbangan mengenai selebriti kegemaran mereka.

Kepada peminat K-Pop veteran, anda mungkin pernah dengar tentang ‘blind item’. Ia merupakan picisan gosip mengenai para selebriti Korea yag diketahui oleh orang dalam industri namun terselindung daripada pengetahuan netizen. Selalunya khabar angin ini hanya menceritakan kejadian yang berlaku dan memberi hint yang sedikit sahaja mengenai siapa yang terlibat dengannya.

Idola wanita berkeras bawa kekasih sehingga ke aktiviti seni di luar negara

Baru-baru ini, tersebar satu cerita di mana seorang idola wanita F yang tidak boleh berenggang langsung dengan kekasihnya. Sampaikan dia berkali-kali merayu untuk membawa teman lelakinya itu ke satu acara kumpulannya di luar negara pada awal tahun ini.

Namun begitu, malang tidak berbau apabila kekasihnya itu telah terlupa passportnya pada hari kejadian dan F berkeras tidak akan menaiki penerbangan tanpa lelaki itu di sisi. Syarikatnya kemudian berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan permintaan idola tersebut sehingga terpaksa menukar penerbangan sebanyak 13 kali dan harga tiket tersebut adalah 10 kali ganda daripada harga asal iaitu 500,000 won.

idola f bawa kekasih ke luar negara

Disebabkan oleh insiden itu, F lambat menghadiri raptai acara tersebut bahkan dia masih ada masa untuk muat naik gambar eksotik di media sosialnya walhal ahli kumpulannya sedang sibuk berlatih. Perkara itu membuatkan penganjur tersebut marah dan kumpulan tersebut didakwa melanggar perjanjian lantas mereka tidak mendapat bayaran penuh  seperti apa yang dijanjikan kerana tindakan bodoh F.

Netizen berteka-teki identiti idola F

Jikalau dia mampu membawa teman lelakinya dan menukar penerbangan sebanyak 13 kali, idola ini pasti daripada kumpulan yang berpengaruh. Mungkin bukan kelas pertama tetapi masih lagi popular.

 

Sangatlah bodoh bila seseorang itu tidak boleh pisahkan kehidupan profesional dan peribadi..

 

Saya tidak kisah siapa idola ini tetapi kelakar betul bila wartawan ini panggilnya sebagai ahli kumpulan wanita dungu.. Bayangkan wartawan menulis artikel ini dengan muka -_-

 

Kalau benarlah gosip ini, sangatlah lawak. Kekasihnya yang bodoh sampai terlupa passport dan artikel ini yang memanggil idola tersebut dungu.

 

Rasanya, identitinya akan didedahkan tak lama lagi..

Tak pastilah siapa, tapi harap tak kantoi. Takut kena sembur dengan netizen nanti!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...