Ramai ke yang dah saksikan tayangan drama bersejarah “Bloody Heart”?
Sinopsis
Drama romantik politik ini membawa kisah Lee Tae (Lee Joon) yang perlu meninggalkan wanita dicintai untuk hidup dan Yoo Jung (Kang Han-na), seorang wanita yang perlu menjadi permaisuri untuk menyelamatkan diri.
Suka jadi duka
[Amaran SPOILER]
Menghadapi konflik keluarga dan juga di dalam istana, kedua-dua Lee Tae dan Yoo-jung terpaksa melalui insiden yang sukar apabila kesemua ahli keluarga mereka meninggalkan dunia ini sekaligus membiarkan mereka terpaksa meneruskan kehidupan secara sendiri.
Meskipun masih menyimpan rasa sayang antara satu sama lain, namun misi berbeza antara mereka membuatkan semuanya menjadi sukar.
Rating tinggi
Merupakan satu-satunya drama yang ditayangkan bagi slot Isnin-Selasa buat masa ini, naskhah itu ternyata berjaya mencapai rekod yang baik untuk tayangan dua episod pertamanya. Ianya bermula dengan catatan 6.3% sebelum menurun sedikit pada episod kedua kepada 6.0% namun masih berada dalam paras yang memuaskan.
Dalam pada itu, penonton memuji lakonan mantap yang dipaparkan oleh Lee Joon, Kang Han-na, Jang Hyuk dan lain-lain. Bukan itu sahaja, sinematografi dan pengredan warna juga dilakukan dengan baik oleh pihak produksi.
Dengan pujian yang melambung ini, dapat dijangka bahawa “Bloody Heart” mungkin akan menjadi drama bersejarah kesukaan ramai nanti.
Korang dah tengok “Bloody Heart” ke? Dekat Disney+ pun ada!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.