Korang dah dengar ke lagu “Ditto”?
Baru sahaja dilancarkan semalam, lagu terbaru NewJeans, “Ditto” sememangnya berjaya meraih maklum balas yang positif daripada peminat.
Dengan jumlah tontonan sehingga kini iaitu 4.3 juta, lagu ini pastinya bakal menjadi lagu hit sama seperti “Hype Boy” dan “Cookie”. Kali ini, mereka tampil dengan satu kelainan yang mana lagu “Ditto” ini mempunyai dua muzik video iaitu bahagian A dan B.
https://twitter.com/NewJeans_ADOR/status/1604763558717181952
Namun, paling mencuri perhatian adalah penampilan Park Ji-hu dan Choi Hyun-wook dalam muzik video tersebut. Rata-rata dalam kalangan peminat berkata, keserasian mereka dipuji kerana ianya seperti babak dalam drama.
Comel je Choi Hyun-wook dan Park Ji-hu!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.