Ikuti Kami:

Bawa Kekasih Ke Mana-Mana, Netizen Perasan Ada Barangan IU Dalam Kereta Lee Jongsuk

Bawa Kekasih Ke Mana-Mana, Netizen Perasan Ada Barangan IU Dalam Kereta Lee Jongsuk

Sukanya tengok pasangan bahagia IU dan Lee Jong-suk ni!

Baru-baru ini, Lee Jong-suk telah menghadiri acara Bulgari sebagai selebriti jemputan, yang diadakan di Seoul.

Selepas acara itu tamat, ramai peminat terus mendekati lelaki tersebut hingga ke keretanya, bagi berpeluang untuk berborak dengannya.

Mesra menerima hadiah dan surat dari peminat, netizen juga perasaan satu item yang sepertinya pernah dilihat sebelum ini, dalam kereta Lee Jong-suk.

Menerusi foto yang dikongsi, peminat perasan kusyen yang diberikan IU buat peminat yang menghadiri konsertnya, di dalam kereta lelaki itu.

Untuk pengetahuan, Lee Jong-suk juga turut hadir ke konsert kekasihnya itu pada minggu lepas untuk memberikan sokongan dan dia nampaknya ingin sentiasa mengingati IU dengan meletakkan kusyen itu di dalam keretanya.

So sweet!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...