Ikuti Kami:

Bawa Dua Watak Berbeza Dalam ‘The Penthouse’, Park Eunseok Kini Jadi Sebutan Ramai

Bawa Dua Watak Berbeza Dalam ‘The Penthouse’, Park Eunseok Kini Jadi Sebutan Ramai

Drama “The Penthouse” memang menjadi sebutan ramai sejak kebelakangan ini. Pendek kata, memang hot lah!

Bukan sahaja awatak utamanya iaitu Lee Ji-ah, Eugene, Kim So-yeon yang mendapat perhatian ramai malah terdapat seorang lagi ‘kunci’ yang membuatkan penonton tak sabar menyaksikan apakah agendanya dalam episod mendatang ini.

Bermula sebagai watak Gu Ho-dong iaitu seorang guru pendidikan jasmani di Sekolah Menengah Cheong-ah yang mempunyai visual unik dan pelik, kini penonton mula jatuh cinta melihat pelakon Park Eun-seok apabila dia berubah dengan watak baru iaitu Logan Lee yang menawan.

park eunseok the penthouse

Bahkan apabila dia muncul sahaja dalam episod “The Penthouse”, sudah pasti nama Park Eun-seok akan menjadi carian utama di portal popular. Lebih mengejutkan apabila identiti Logan Lee didedahkan sebagai abang sebenar mendiang Min Seol-ah lantas membuatkan penonton semakin berdebar-debar menanti apakah rancangan lelaki itu untuk membalas dendam atas kematian adiknya.

Bukan itu sahaja, para penonton juga berharap agar Logan Lee yang bermatian cuba ‘menjerat’ Joo Dan-tae yang merupakan antara suspek utama kepada kematian gadis itu supaya berjabat tangan dengan Shim Su-ryeon (Lee Ji-ah) iaitu ibu kandung Min Seol-ah bagi melaksanakan pelan balas dendamnya.

Meskipun tidak dinamakan sebagai watak utama namun tidak disangkal bahawa Park Eun-seok merupakan ramuan hebat dalam membuatkan “The Penthouse” terus dihantui pelbagai konflik dan juga debaran buat penonton.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...