Ikuti Kami:

Baru Tamat Latihan Tentera, Choi Minho SHINee Sah Akan Bawa Watak Istimewa Dalam ‘Lovestruck In The City’

Baru Tamat Latihan Tentera, Choi Minho SHINee Sah Akan Bawa Watak Istimewa Dalam ‘Lovestruck In The City’

Baru sahaja pulang daripada latihan khidmat ketenteraan, Choi Min-ho daripada kumpulan SHINee sudah pun bakal membuat kemunculan dalam sebuah drama baru tak lama lagi.

Dilaporkan bahawa idola itu yang turut aktif sebagai pelakon akan membuat kemunculan istimewa sebagai watak bernama Oh Dong-shik dalam drama “Lovestruck In The City”.

Kalau anda nak ahu, drama ini menceritakan kisah cinta di dalam bandar urban yang kompleks. Ji Chang-wook akan membawa watak Park Jae-won iaitu seorang arkitek yang ghairah dan jujur. Dia suka berjalan di lorong kecil dalam bandar dan mengumpul pelbagai benda. Lelaki itu juga tidak pernah melupakan wanita yang mencuri hatinya dan kemudiannya menghilangkan diri.

city couple's way of love

Oh Dong-shik ialah seorang pegawai polis tahun ketiga yang bertugas menjaga keselamatan di kawasan Cheonggyecheon. Merupakan seorang yang baik dan sabar, pegawai polis itu sentiasa melayan watak Ji Chang-wook yang akan datang ke pos polis tempat dia bertugas untuk mencari kamera yang hilang dicuri setiap kali mabuk. Katanya, watak Choi Min-ho ini boleh tahan besar peranannya.

choi minho

Bagi yang dah tak sabar, “Lovestruck In The City” akan memulakan tayangan di KakaoTV pada 22 Disember nanti. Jangan lupa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...