Ikuti Kami:

Baru Sedutan Video Pendek, Tapi ‘Busted 2’ Dah Pun Bikin Penonton Ketawa!

Baru Sedutan Video Pendek, Tapi ‘Busted 2’ Dah Pun Bikin Penonton Ketawa!

Siri asal Netflix iaitu “Busted” tidak menyangka akan mendapat sambutan yang begitu hebat semasa tayangannya pada tahun 2018. Gabungan 7 selebriti terkenal sebagai ahli rancangan itu iaitu Yoo Jaesuk, Ahn Jaewook, Kim Jongmin, Lee Kwangsoo, Park Minyoung, Sehun (EXO) dan Sejeong (Gugudan) ternyata menjadi kerana ramai yang melekat di hadapan kaca televisyen untuk menonton telatah mereka semua. Tapi sayangnya apabila musim pertama tamat selepas 10 episod sahaja dan mengambil masa yang lama sebelum diumumkan musim keduanya!

Bakal memulakan tayangan pada 8 November ini, ramai peminat yang tak sabar nak menontonnya! Walaupun begitu agak sedih kerana pada musim terbaru ini sudah tiada lagi Lee Kwangsoo. Menurut satu sumber, pelakon itu tidak dapat menyertai penggambaran musim kedua kerana terikat dengan penggambaran filem pada ketika itu. Pun begitu, seorang lagi selebriti telah diserap sebagai ahli baru iaitu Lee Seunggi. Peminat pelakon lelaki ini mesti tahu bahawa lelaki ini boleh tahan ‘gila’ dan ‘kalut’, mesti kelakar punya!

busted musim 2

Untuk meningkatkan lagi jangkaan penonton, pihak produksi telah mengeluarkan beberapa sedutan video pendek bagi memberikan sedikit gambaran apa yang akan terjadi pada musim kedua ini.

Sketsa bersama seekor ular kembali semula untuk musim ini. Ingat tak betapa takutnya ahli lelaki “Busted” pada musim lalu yang berteriakan lari apabila seekor ular telah digunakan dalam salah satu misi mereka.

Nampaknya, kaum lelaki dalam rancangan ini masih tidak berubah walaupun sudah setahun berlalu, Mereka masih lagi penakut yang paling agung untuk musim ini juga.

busted musim 2

Yoo Jaesuk juga tidak dapat lari daripada ‘dikenakan’ dalam rancangan ini. Tengoklah mukanya yang tergamam selepas disimbah segayung air ke wajahnya!

busted musim 2

Masih juga kelakar dengan aksi kalutnya, Kim Jongmin turut ‘menyusahkan’ ahli yang lain dengan perangainya itu.

busted musim 2

Aksi ‘adik dan kakak’ iaitu Sehun (EXO) dan Park Minyoung juga turut menggeletek hati penonton. Lihat sajalah mereka bertempiaran lari bagi mengelak daripada terkena panahan laser hijau itu.

busted musim 2

Kan dah kata Lee Seunggi pun boleh tahan rawak perangainya! Tengoklah aksi lucunya itu bagi menyelesaikan salah satu misi yang diberikan kepada ahli “Busted”.

busted musim 2

Misi yang diberikan juga nampak lebih susah daripada musim lalu. Bagi yang merindui Lee Kwangsoo, jangan khuatir kerana pelakon lelaki itu dikhabarkan akan turut serta dalam satu episod musim kedua ini. Selain itu, ramai juga selebriti lain yang telah diumumkan bakal menjadi tetamu jemputan sepanjang “Busted” musim baru ini berlangsung. Antaranya ialah Kim Minjae, Yook Sungjae, IZ*ONE, Hani EXID, Stephanie Lee dan ramai lagi.

busted musim 2

busted musim 2

Tak sabar nak lihat kesemua ahli “Busted” ini cuba menyelesaikan segala kes jenayah yang misteri itu. Dahlah gelagat mereka ini lucu, pasti terhibur apabila menontonnya nanti!

Sumber: Soompi, Youtube (1)(2)

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...