Ikuti Kami:

Baru Sahaja Ditayangkan, Drama ‘Chocolate’ Dikritik Sebagai Klisé Dan Ketinggalan Zaman

Baru Sahaja Ditayangkan, Drama ‘Chocolate’ Dikritik Sebagai Klisé Dan Ketinggalan Zaman

Banyak betul drama Korea yang best dah tamat tayangan sekarang ini, sendu betul! Tapi jangan risau kerana patah tumbuh hilang berganti. Banyak lagi drama menghiburkan yang menggantikan drama-drama tersebut. Lagi satu, sejak kebelakangan ini, kesemua drama mesti berebut nak ambil pelakon baru dan muda untuk jadi wajah mereka, mesti ramai yang rindu dengan pelakon lama kan? Oleh sebab itu, drama terbaru di saluran JTBC iaitu “Chocolate” telah menggandingkan dua pelakon ‘otai’ iaitu Ha Jiwon dan Yoon Kyesang!

Sinopsis

Naskhah ini membawa kisah tentang Lee Kang (Yoon Kyesang) yang membesar di sebuah pekan kecil di tepian pantai dan bercita-cita untuk menjadi seorang tukang masak. Walaubagaimanapun dia membesar menjadi pakar bedah neuro yang tegas tetapi sebenarnya sangat baik di dalamnya. Manakala Moon Chayoung (Ha Jiwon), ketika dia kecil, dia telah berkenalan dengan Lee Kang di sebuah restoran kecil di pekan persisiran pantai. Pada hari tersebut, lelaki itu telah menyediakan makanan untuknya dan itu merupakan kenangan yang paling indah dalam hidupnya sehingga membuatkannya menjadi seorang chef. Dunia ini nyata kecil apabila mereka kembali bertemu di wad ‘hospice’.

drama chocolate dikatakan terlalu klise

Daripada inti pati drama “Chocolate”, dapat kita simpulkan bahawa ia adalah naskhah romantik tipikal yang biasa kita saksikan dalam drama-drama romantik sebelum ini. Selepas 2 episod drama ini ditayangkan kepada orang ramai, kebanyakan mereka memberikan komen yang agak negatif mengenainya.

“Ia adalah ketinggalan zaman.. Saya menontonnya secara langsung kerana saya sukakan Yoon Kyesang tetapi saya seperti sedang menyaksikan drama lama.”

“Saya rasa seperti mereka mengambil beberapa plot cerita daripada drama lain dan suntingannya kelihatan bersepah. Keserasian pelakon adalah okay dan anda perlu saksikannya sehingga episod ke-4 untuk membuat keputusan mengenainya.”

“Kisah ini terlalu lama, ia sudah boleh diramalkan~~~ Drama ini tidak sesuai dengan ‘trend’ sekarang. Selepas menonton episod pertama, saya sudah tahu jalan ceritanya.”

drama chocolate dikatakan terlalu klise

Namun begitu, ada juga penonton yang masih lagi memberi peluang kepada cerita ini. Masih terlalu awal untuk memberikan kata putus mengeani kualiti drama “Chocolate”, mungkin ia akan menjadi lebih baik pada episod yang akan datang.

Rating drama ini juga boleh tahan membanggakan kerana walaupun baru ditayangkan, episod keduanya sudah mampu melepasi garis 5%! Tak banyak drama sekarang ini yang mampu mancatatakan rating sedemikian.

Sumber: Ddoboja

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...