Ikuti Kami:

Baru Lepas Jalani Pembedahan, BTS Beri ‘Update’ Tentang Kesihatan Jin Kini

Baru Lepas Jalani Pembedahan, BTS Beri ‘Update’ Tentang Kesihatan Jin Kini

Mengejutkan peminat, apabila Jin BTS dimaklumkan baru sahaja selesai menjalani pembedahan.

Pada 19 Mac, BIGHIT MUSIC mengumumkan bahawa jari telunjuk kiri Jin BTS cedera dan selepas menerima pemeriksaan di hospital, dia harus menjalani pembedahan. Pembedahan itu berjaya dijalankan, dan Jin telah pun keluar dari hospital. Selain itu, dia juga telah pulih sepenuhnya namun, akan mengambil masa untuk berehat.

Bagi mengurangkan kerisauan peminat, BTS sendiri telah mengadakan siaran langsung khas menerusi VLive oleh 6 ahli tanpa Jin. Walaupun Jin tiada di sana, para ahli memastikan ahli tertua kumpulan itu diwakili oleh watak BT21nya, RJ!

bts jin vlive

Pada awal siaran, Suga berkongsi bahawa mereka ingin melakukan beberapa siaran langsung selepas konsert ‘PERMISSION TO DANCE ON STAGE – SEOUL’. J-Hope kemudian menunjukkan bahawa Jin tidak ada di situ, dan ARMY mengandaikan bahawa ia disebabkan oleh pembedahannya. Suga menjelaskan bahawa Jin sedang berehat, dan menambah bahawa ahli itu telah pulih dengan baik.

Khususnya, ketua kumpulan BTS, RM turut memperjelas,

Pembedahan adalah singkat dan Jin dalam keadaan baik sahaja, sejujurnya.

Ji-min, J-Hope, dan RM kemudian berkongsi pengalaman mereka bertemu dengan Jin dan apa yang dia mahu ahli sampaikan kepada peminat supaya mereka tidak risau. Menurut Ji-min,

Jin hyung menyuruh kami menyampaikan salamnya kepada kamu semua, dan dia baik-baik sahaja.

bts jin surgery

Jangan risau tau ARMY.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...