Hye-lim, bekas ahli WONDER GIRLS nampak berseri dalam fotonya yang baru dimuat naik.
Pada hujung Februari lepas, Hye-lim telah berkongsi berita gembira dengan peminat tentang kehadiran cahaya mata pertamanya yang diberi nama Shin Si-woo.
Selepas hampir sebulan melahirkan, Hye-lim telah memuat naik gambarnya dalam gaun merah jambu yang sesuai untuk musim bunga.
Hye-lim telah menyiarkan gambarnya dengan kapsyen yang ditulis,
Jadi bila dan bagaimana untuk menurunkan berat badan…? Hahahahahaha -10kg to go! Yay…TIDAK!
Nampaknya, Hye-lim sedang berusaha untuk mendapatkan berat badannya yang normal kembali seperti sebelum mengandung. Bagaimanapun, dalam fotonya, Hye-lim masih kelihatan sama seperti sebelum mengandung dan melahirkan anak, dengan ‘jawline’nya yang tajam masih terserlah bersama pergelangan tangannya yang ramping.
Makin berseri la Hye-lim!