Pada 12 Jun hari ini, Jin BTS telah pun menamatkan latihan ketenteraannya!
Meski baru sahaja keluar dari tentera, media melaporkan bahawa perhatian sedang tertumpu kepada Jin kini dengan pelbagai aktiviti sedang menunggunya.
Selain rancangan hiburan, syarikat penerbitan drama dan filem juga telah menunjukkan minat yang mendalam kepada idola itu malahan telah bertanyakan keinginannya untuk berlakon sejak awal lagi.
Khususnya, ini dapat menjadi waktu yang tepat untuk Jin cuba ‘terjun’ ke dunia lakonan dan memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Sementara itu, Jin juga akan menyambut peminat menerusi acara ‘Jin’s Greeting’ pada 13 Jun nanti.
Selamat kembali Jin!