Lee Si-young kini sedang hamil anak kedua dan bapa kepada anak tersebut ialah bekas suaminya yang baru-baru ini diceraikan.
Menurut laporan media, Lee Si-young kini sedang menjalani rawatan pranatal (penjagaan sebelum bersalin). Bapa kepada anak dalam kandungan itu ialah bekas suaminya, yang telah bercerai dengannya pada Mac 2025. Pasangan ini sebelum ini telah membekukan telur dan sperma mereka sejak kelahiran anak pertama mereka pada tahun 2018, dan apabila tempoh penyimpanan maksimum hampir tamat, mereka memutuskan untuk menjalani pemindahan embrio dan berjaya hamil.
Difahamkan, Lee Si-young memang mempunyai keinginan yang kuat untuk mendapatkan anak kedua dan tidak berputus asa walaupun usianya kini 43 tahun. Dia juga memberi petunjuk tentang kehamilannya ketika menjadi tetamu di saluran YouTube Shin Dong-yeop, di mana dia menyatakan bahawa dia sangat suka minum alkohol tetapi tidak boleh melakukannya kerana keadaan peribadi.
Agensinya, ACE FACTORY, telah mengesahkan laporan itu,
Lee Si-young baru-baru ini mengesahkan kehamilannya. Memang benar bahawa anak itu ialah anak kedua bersama bekas suaminya. Kami mohon pemahaman semua pihak bahawa butiran seperti waktu sebenar kehamilan tidak dapat didedahkan kerana ia merupakan hal peribadinya.
Semoga semuanya baik-baik sahaja.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.