Ikuti Kami:

Baru Cecah 20 Tahun, Ibu Kongsi Nam Dareum Sertai Latihan Kententeraan Minggu Hadapan

Baru Cecah 20 Tahun, Ibu Kongsi Nam Dareum Sertai Latihan Kententeraan Minggu Hadapan

Baru mencecah usia 20 tahun, Nam Da-reum nampaknya memilih untuk menyertai latihan ketenteraan tak lama lagi.

Perkara ini disampaikan sendiri oleh ibunya di Instagram,

Selama membesarkannya sejak lahir, tak pernah saya berpisah lebih 3 hari dengan anak lelaki ini. Seminggu lagi, dia bakal meninggalkan rumah ini selama 18 bulan. Sejak kecil hingga mencecah usia 20 tahun, memang sudah ada rancangan untuk menyertai tentera. Tetapi kerana beberapa sebab, rancangan itu tertangguh hingga setahun.

Sehingga kini, hati saya masih lagi tidak bersiap sedia sepenuhnya, habislah ㅜㅜ. Selepas menetapkan tarikh penyertaan tentera sejak musim luruh tahun lalu, orang di sekeliling lebih risaukan si ibu yang bakal menghantar anak untuk memasuki tentera dan bukannya anak yang akan memasuki tentera.

Seperti selalu, saya akan menghadapainya dengan kuat. Supaya Da-reum dapat menjalaninya dengan baik, semoga anda memberikan sokongan buatnya^^

Menurut tanda pagar yang digunakan dalam entri itu, sepertinya pelakon muda itu akan menyertai kententeraan pada 8 Februari nanti.

Kebiasaannya selebriti Korea akan menyertai ketenteraan pada had umur yang ditetapkan iaitu 30 tahun bagi memastikan karier mereka stabil sebelum ‘berehat’ lama.

nam dareum

Namun tidak bagi Nam Da-reum kerana merancang untuk menyertai awal. Mungkin bagi menyelesaikan tanggungjawab ini dahulu sebelum terus mengembangkan langkahnya dalam dunia lakonan.

Apa pun, selamat berkhidmat Nam Da-reum!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...