Ikuti Kami:

Baru Buka Agensi Sendiri, Moon Junyeong ZE:A Ditangkap Memandu Dalam Keadaaan Mabuk

Baru Buka Agensi Sendiri, Moon Junyeong ZE:A Ditangkap Memandu Dalam Keadaaan Mabuk

Sudah lama tiada khabar berita, peminat ZE:A dikejutkan dengan insiden yang menimpa ketua kumpulan itu baru-baru ini.

Terdahulu, saluran YouTube Caracula telah mendedahkan kisah mengenai pelanggaran kereta melibatkan seorang ketua kumpulan idola popular yang memandu di bawah pengaruh alkohol di kawasan Sinsa-dong, Gangnam.

Setelah gambar pelaku itu tersebar secara meluas, didedahkan bahawa dia ialah ketua kumpulan ZE:A iaitu Moon Jun-young,

Insiden ini berlaku sekitar jam 10 malam pada 6 Mac. Ianyaterjadi di Eonju-ro di Gangnam. Terdaoat polis di tempat kejadian, lihat orang yang merokok di kalangan polis itu.

moon junyoung ze:a

Jelas mereka,

Lelaki ini ialah idola popular berusia 30-an. Kesimpulannya ialah lelaki ini membawa kereta K5 di jalan satu hala, tapi dia mengundur ke belakang dan membunyikan hon supaya kereta Rolls Royce di hadapan supaya ke tepi.

Sambung mereka,

Bau arak sangat kuat padanya, jadi pemilik Rolls Royce itu melaporkannya kepada polis atas dakwaan dia memandu sambil mabuk.

moon junyoung ze:a

Jelas Moon Jun-young apabila ditanya,

Dia berkata bahawa kereta itu ditinggalkan oleh pemiliknya dan dia hanyalah penumpang, Walau bagaimanapun, polis melihat semula rakaman kotak hitam kereta berkenaan dan mengesahkan bahawa lelaki itu memandunya.

Dalam pada itu, masih tiada respon daripada pihak polis Gangnam ataupun Moon Jun-young mengenai insiden itu.

moon-junyoung

Untuk pengetahuan, Moon Jun-young baru sahaja menamatkan latihan ketenteraan pada Januari lalu dan dia baru sahaja membuka agensi sendiri sebagai wakilnya.

Macam-macam..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...