Ikuti Kami:

Baru Beroperasi Dua Hari, Lee Hyori & Suami Buat Keputusan Ubah Cara Kafe Beroperasi

Baru Beroperasi Dua Hari, Lee Hyori & Suami Buat Keputusan Ubah Cara Kafe Beroperasi

Lee Hyo-ri dan pasangannya, Lee Sang-soon baru-baru ini telah membuka sebuah kafe di Pulau Jeju, berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Namun, hanya selepas 2 hari pembukaan kafe tersebut, ianya terpaksa diubah dari segi operasi. Kenapa ya?

Awal Julai lalu, Lee Hyo-ri dan suami merasmikan pembukaan kafe yang mana berjaya ‘viral’ melalui pelbagai platform media sosial di Korea. Justeru itu, kafe mereka menerima sambutan yang menggalakkan apabila mereka dikerumuni oleh pelanggan serta peminat sebaik sahaja kafe itu beroperasi.

Malangnya, pada 3 Julai, pihak Lee Hyo-ri memuat naik satu kenyataan melalui akaun media sosial rasmi kafe mereka (@longplay_jeju) menyatakan bahawa,

Kepada mereka yang telah menunggu lama dalam cuaca panas dan mereka yang pulang ke rumah kerana kafe telah kehabisan bahan dan kami tidak dapat menerima lebih ramai pelanggan. Terima kasih banyak-banyak dan kami memohon maaf.

Akibat daripada kejadian tersebut, Lee Hyo-ri dan suaminya malah membuat satu keputusan besar yang sangat mengejutkan. Mereka berkata,

Kami juga telah membuat kesimpulan bahawa kami perlu beroperasi melalui sistem tempahan buat masa ini kerana ia akan menyusahkan penduduk berhampiran untuk menjalankan kafe tersebut sebagaimana adanya. Kami meminta pemahaman anda dan pada hari Ahad, 3 Julai, kami akan berehat untuk penyusunan semula proses pengurusan kafe.

lee hyoriMenjurus kepada keputusan tersebut, ia nyatanya menerima pelbagai reaksi dalam kalangan peminat. Namun, ianya bukanlah sesuatu yang negatif, malah peminat mengagumi tindakan Lee Hyo-ri. Ada dalam kalangan peminat yang berpendapat,

Ini sememangnya perangai seorang Lee Hyo-ri. Dia boleh sahaja teruskan pengusahaan kafe tersebut kerana ia kini sudah sangat ‘popular’ dan pasti menguntungkan mereka. Namun, mereka malah menghentikan operasi secara terus supaya tidak menyusahkan penduduk. Keputusan yang agak besar buat kafe yang baru beroperasi, tetapi mereka sangat bertimbang rasa. 

Tak sangka kan boleh decide sampai macamtu sekali? Kalau korang, agak-agaknya nak ke tutup kafe walaupun baru bukak? Ha……

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...