Ikuti Kami:

Baru 6 Episod, Rating ‘Lovers Of The Red Sky’ Lepasi 10% & Pecah Rekod Peribadi

Baru 6 Episod, Rating ‘Lovers Of The Red Sky’ Lepasi 10% & Pecah Rekod Peribadi

Drama bersejarah Korea boleh tahan best kan? Tambahan pula bila ada konflik dalam istana yang membuatkan kita tak senang duduk, memang melekat depan skrin untuk nantikan episod baru. Sama juga dengan “Lovers Of The Red Sky” yang sedang ditayangkan menerusi SBS kini.

Ia membawa cerita misteri dan menawan mengenai Hong Chun-gi (Kim Yoo-jung), seorang pelukis wanita yang memasuki Dohwawon (akademi melukis diraja) untuk pertama kalinya dek kemahiran dan pandangannya yang estetik. Walaubagaimanapun, nasibnya mula berbelit apabila mula mengenali Ha Ram (Ahn Hyo-seop) iaitu seseorang yang pandai membaca bintang.

Menampilkan sinematografi yang menawan selain plot yang mengasyikkan, drama bersejarah ini sudah pasti menjadi pilihan ramai sebagai naskhah berkualiti kini. Hal ini dapat dibuktikan apabila ianya menunjukkan catatan rating yang baik sejak daripada awal tayangannya.sbs lovers of the red skyMalah ianya terus meningkat sejak tiga episod kebelakangan ini. Terbaru, “Lovers Of The Red Sky” meraih rating dua digit buat pertama kali sepanjang tayangan iaitu 10.2% sekaligus memecahkan rekod peribadinya.

Dengan catatan yang baik ini, drama lakonan Kim Yoo-jung dan Ahn Hyo-seob ini ternyata makin mula mendapat tempat di hati penonton.

Anda yang layan drama ini, best kan plotnya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...