Ikuti Kami:

Baru 4 Episod, Drama Sci-Fi Thriller ‘Alice’ Lepasi Rating 10% & Terus Dibanjiri Pujian Penonton

Baru 4 Episod, Drama Sci-Fi Thriller ‘Alice’ Lepasi Rating 10% & Terus Dibanjiri Pujian Penonton

Walaupun baru sahaja menyapa penonton tetapi semakin menjadi-jadi drama “Alice”, malahan rating yang dicatat pun bukan biasa-biasa!

Sinopsis “Alice”

Drama thriller sci-fi ini menceritakan kisah Park Jin-kyum (Joo Won) iaitu seorang detektif yang lahir tanpa kemampuan untuk mempunyai apa-apa emosi. Dalam usaha untuk menyelesaikan satu kes misteri, dia merupakan orang pertama yang mendapat tahu mengenai penggembara masa yang datang daripada masa depan menerusi alat bernama ‘Alice’. Sambil bertarung dengan pelbagai insiden tidak dijangka disebabkan oleh kewujudan alat tersebut, dia bertemu semula dengan Yoon Tae-yi (Kim Hee-sun), seorang wanita yang sudah lama mati.

sbs alice

Yoon Tae-yi ialah seorang ahli fizik yang bijak dan memegang kunci utama kepada rahsia penggembaraan masa ini. Selepas bertemu dengan Park Jin-kyum yang menegaskan bahawa mereka berjumpa kerana takdir, dia menyertai lelaki tersebut bagi membongkar misteri ini. Dalam misi ini, dia juga mempelajari rahsia mengenai dirinya sendiri.

Rating cecah 10%

Nak cakap betapa hebatnya “Alice” ini, bayangkan baru sahaja 4 episod ke udara tetapi ia dah berjaya meraih rating lebih 10% di mana episod terbaru ini mencatatkan bacaaan 8.7% dan 10.6%. Ini merupakan satu rekod yang hebat bagi drama yang baru ditayangkan!

sbs alice

Sejak daripada episod pertama lagi sememangnya drama sci-fi thriller ini sudah menjadi sebutan ramai. Bukan sahaja kerana efek grafik yang memukau selain elemen pengembaraan masa yang unik, tetapi juga disebabkan oleh kemampuan naskhah ini menggabungkan babak sedih, mendebarkan dan kelakar dengan baik sekali. Sampaikan penonton tak beranjak langsung ke mana-mana bagi menghabiskan setiap episod. Hebat kan?

Meskipun masih banyak lagi rahsia di antara Yoon Tae-yi, Park Jin-kyum dan Yoo Min-hyuk (Kwak Si-yang) yang perlu dirungkaikan tetapi nampaknya penonton masih lagi mampu mengikuti perkembangan plot ini tanpa berasa keliru dek penjelasan yang baik mengenai proses dan kejadian pengembaraan masa ini.

sbs alice

Untuk penonton di Malaysia, jangan lupa saksikan “Alice” pada setiap Sabtu dan Ahad di saluran SBS ONE HD (saluran ASTRO 393) pada jam 9.45 pm.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...