Utama Drama Korea Baru 4 Episod, Drama Fantasi-Komedi Bersejarah ‘Mr. Queen’ Kini Lepasi Rating 10%

Baru 4 Episod, Drama Fantasi-Komedi Bersejarah ‘Mr. Queen’ Kini Lepasi Rating 10%

mr. queen rating tinggi

Nampaknya drama “Mr. Queen” semakin popular apabila terus mencapai rating tinggi dalam episod terbarunya.

Naskhah ini ialah sebuah drama bersejarah fusion di mana ia menceritakan kisah seorang lelaki daripada dunia moden terperangkap dalam badan seorang permaisuri di Dinasti Joseon.

Pada 20 Disember, episod ke-4 drama komedi fantasi bersejarah itu telah memecahkan rekod peribadinya dan meraih rating yang mengagumkan. Menurut Nielsen Korea, episod terbaru ini mencapai purata rating 10.4% di seluruh negara dan catatan rating kemuncaknya ialah 11.5%.

mr queen

Bukan itu sahaja, “Mr. Queen” turut menduduki tempat pertama bagi slot tayangan tersebut termasuklah drama yang ditayangkan di saluran awam.

Rata-rata penonton meluahkan rasa seronok melihat drama tersebut kerana plotnya yang kelakar selain lakonan hebat yang ditonjolkan oleh para pelakon utamanya iaitu Kim Jug-hyun dan Shin Hye-sun.

Rasanya, drama ini akan mencipta banyak lagi rekod hebat tak lama lagi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNielsen
Loading...