Utama Drama Korea Baru 3 Episod, Rating ‘Thirty, Nine’ Naik Mendadak

Baru 3 Episod, Rating ‘Thirty, Nine’ Naik Mendadak

jtbc thirty nine

Meskipun memaparkan kisah wanita lewat 30-an tapi nampaknya “Thirty, Nine” berjaya mencuri hati ramai peminat K-Drama.

Ia menceritakan kehidupan dan drama romantik yang menekankan kisah persahabatan dan cinta tiga orang sahabat yang bakal mencecah usia 40-an. Satu kebetulan ketika sekolah menengah membawa ketiga mereka sebagai sahabat baik sehingga kini.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod terbaru ini, persahabatan ketiga-tiga sahabat ini diuji apabila Jung Chan-young (Jeon Mi-do) disahkan menghidapi kanser pankreatik tahap ke-4. Malah Cha Mi-jo (Son Ye-jin) yang sentiasa tenang tidak dapat menahan marah apabila rakannya itu dihina oleh isteri Kim Jin-seok (Lee Moo-saeng) yang menuduh mereka menjalani hubungan terlarang.

jtbc thirty nine

Pun begitu, ramai yang turut bersedih melihat Jang Joo-hee (Kim Ji-hyun) yang sedar bahawa rakan-rakannya sedang mengalami masalah namun dibiarkan kelam tanpa penjelasan.

Hanya meraih rating dalam lingkungan 5% pada minggu lalu menerusi tayangan awalnya, “Thirty, Nine” menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila catatan rating episod ke-3 ini melompat hingga 7.414% iaitu 2.34% peningkatan berbanding episod sebelumnya.

Best kan drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERHankook Ilbo
Loading...