Ada berita sedih menyelubungi industri hiburan Korea kini.
Menurut laporan media pada, model Kim Jong-suk telah meninggal dunia awal minggu ini pada 4 April baru-baru ini. Majlis pengebumian telah diadakan pada 6 Jun jam 8 pagi di rumah mayat di Hannam-si, Wilayah Gyeonggi. Punca kematian mendiang masih belum diketahui.
Pada 5 Jun KST, seorang kenalan Kim Jong-suk menulis di media sosial,
Bro saya. Hati saya hancur berkeping-keping apabila diberitahu bahawa kau sudah tiada. Saya masih tidak dapat percaya bahawa saya tidak akan dapat melihat senyumanmu lagi sepanjang hayat saya. Meskipun kau tidak lagi bersama kami, ketahuilah bahawa kau adalah satu anugerah yang besar kepada dunia ini, dan saya akan sentiasa menyimpanmu dekat di hati saya. Saya akan merinduimu. Saya akan sentiasa menyayangimu.
Sementara itu, Kim Jong-suk dikenali sebagai model bagi jenama kosmetik ‘DASHU’. Pada tahun 2022, beliau muncul dalam program realiti temu janji tvN, “Skip Dating:, yang dikendalikan oleh Yoo Jae-suk, Jeon So-min, dan Nucksal.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.