Menurut laporan, Jae-hyun bekas ahli F.able diumumkan telah meninggal dunia pada 30 Jun selepas bertarung dengan leukemia.
Berdasarkan sumber, pengebumian mendiang telah diadakan pada 2 Julai, dihadiri ahli F.able dan keluarga yang pastinya berduka dengan kematian tersebut.
Pada hari sebelumnya, Ho-jun, iaitu salah seorang ahli kumpulan itu telah menulis di Instagram,
Jae-hyun, saya dengar berita itu terlalu lewat. Saya minta maaf kerana tak dapat melihat awak dalam perjalanan terakhir awak. Saya harap awak hilangkan kebimbangan awak dan tinggal dengan selesa di sana. Saya berterima kasih kepada awak selama lebih kurang lima tahun yang kita habiskan bersama.
View this post on Instagram
Untuk pengetahuan, Jae-hyun memulakan kerjaya sebagai ahli F.able pada 2020 namun, kumpulan itu secara rasminya telah dibubarkan pada 2023.
Salam takziah..