Baru sahaja mengesahkan bahawa dia bakal menerajui drama pertamanya, BIBI akhirnya menyampaikan berita sedih buat peminatnya.
Menurut wakil rasmi “Sweet Home 2”, BIBI menarik diri daripada siri tersebut dek masalah masa termasuklah isu penjadulan penggambaran.
Kini, ada pelakon lain yang mengambil watak tersebut dan penggambaran sedang dalam proses.
Untuk pengetahuan, musim terbaru “Sweet Home” ini bakal disertai Song Kang, Lee Jin-wook, Lee Si-young, Go Min-si, Park Gyu-young, Yoo Oh-seong, Oh Jung-se, Kim Mu-yeol dan Jinyoung.
Dua musim sedang dalam penggambaran, siri ini bagaimanapun masih belum meriliskan tarikh tayangan rasmi.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.