Nampaknya, drama “Love Next Door” telah menambat hati ramai!
Diterajui Jung Hae-in dan Jung So-min, “Love Next Door” mengikuti seorang wanita yang kembali ke kampung halamannya dan berjumpa semula dengan kawannya sewaktu zaman kanak-kanak.
Baru 2 episod ditayangkan, drama itu telah berjaya tersenarai dalam Top 10 rancangan TV Netflix di 70 wilayah termasuklah Jepun, Singapura, Taiwan dan Malaysia.
Khususnya di Malaysia, “Love Next Door” menduduki No.1 dalam senarai, membuktikan ia antara K-Drama diminati ramai sekarang.
Sementara itu, drama ini ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad menerusi Netflix.
Jangan lupa tonton!