Ikuti Kami:

Baru 2 Episod Ditayangkan, Drama ‘Three Bold Siblings’ Berjaya Lepasi Rating 20%

Baru 2 Episod Ditayangkan, Drama ‘Three Bold Siblings’ Berjaya Lepasi Rating 20%

Baru 2 episod ditayangkan namun, drama “Three Bold Siblings” telah menerima sambutan hangat dari penonton.

Bagi yang belum tahu, “Three Bold Siblings” ialah drama percintaan yang dibintangi oleh Im Joo-hwan sebagai Lee Sang-joon, seorang pelakon A-list yang merupakan anak sulung dalam keluarganya. Apabila dia mengalami kemalangan yang tidak dijangka semasa penggambaran, dia bertemu semula dengan Kim Tae-joo (Lee Ha-na), cinta pertamanya dari sekolah rendah dan juga anak sulung daripada adik-beradiknya serta membesar dengan berkorban segala-galanya untuk keluarganya.

Ketika drama tersebut mula ditayangkan pada 24 September lepas di KBS, ia telah berjaya mencapai rating 2 digit iaitu sebanyak 20.5%, sekaligus menjadikan “Three Bold Siblings” sebagai program yang paling banyak ditonton pada tarikh berkenaan.

kbs three bold siblings

Kekal menunjukkan prestasi yang menakjubkan, rating episod kedua “Three Bold Siblings” telah meningkat melepasi 22.1%. Hebat!

Nampaknya, perkembangan plot yang pantas pada awal episod dan watak yang didedahkan sedikit demi sedikit, telah berjaya menarik minat penonton untuk menantikan kesudahan drama ini.

Haa, jangan lepaskan peluang untuk tonton “Three Bold Siblings” di KBS dan Viki!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...