Seronoknya melihat Kang So-ra yang semakin aktif dalam dunia hiburan selepas berehat seketika apabila bergelar isteri dan ibu.
Terbaru, wanita tersebut telah diumumkan sebagai wajah baru kepada jenama pakaian ‘Jons’.
Malah Kang So-ra sendiri telah memuat naik beberapa fotonya untuk photoshoot untuk jenama pakaian itu.
View this post on Instagram
Apa yang menarik perhatian peminat ialah bentuk badannya dilihat sudah kembali seperti dahulu dengan bahu yang lebar serta tangan dan kaki yang kelihatan kurus meskipun baru 10 bulan melahirkan cahaya mata sulung.
Disebabkan oleh penampilan Kang So-ra itu, ramai yang memujinya kerana gigih menjaga badan selepas bersalin. Bahkan visualnya dilihat sama sahaja seperti sebelum menimang anak.
View this post on Instagram
Terdahulu, Kang So-ra telah berkahwin dengan seorang doktor perubatan oriental yang tua 8 tahun darinya pada tahun 2020. Kemudian, pasangan itu menimang anak perempuan pada April tahun lalu.
Cantiknya Kang So-ra!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.