Ikuti Kami:

“Barisan Artis Mantap”- Konsert Jiwa Merdeka 2024 Bawa Muka Lama & Baru Dalam Industri Tempatan!

“Barisan Artis Mantap”- Konsert Jiwa Merdeka 2024 Bawa Muka Lama & Baru Dalam Industri Tempatan!

Selalu artis Korea kan? Kali ni kami nak kongsikan tentang Konsert Jiwa Merdeka 2024 yang dianjurkan sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang disambut pada Ogos dan September.

Selain daripada pengisian patriotik, hiburan sihat seperti ini diharap dapat menyemai semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya generasi muda.

Konsert Jiwa Merdeka Satukan Artis Lagenda dan Popular Tempatan!

Dianjurkan oleh Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama MND Sport & Event. Konsert Jiwa Merdeka membawakan nama-nama hebat seperti Spider, Hujan, Ruffedge, Dolla, Bunkface, Insomniacks dan wakil kecil molek Sandakan, Bella Astillah.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Encik Iliyas Jamil Konsert Jiwa Malaysia 2024 berbeza daripada penganjuran lain kerana ia bermatlamat menyatu padukan seluruh generasi pelbagai lapisan masyarakat dan usia.

 

Selain menjadi sebuah platform bagi anak-anak muda untuk mengekspresikan rasa cinta mereka terhadap tanah air melalui pelbagai persembahan muzik yang penuh dengan semangat patriotik. 

“Bertemakan Jiwa Malaysia, konsert ini bukan sahaja akan menghiburkan para pengunjung yang majoriti dari kalangan generasi muda, malah turut menginspirasi mereka tentang kepentingan memelihara dan mempertahankan kedaulatan negara.

 

“Pembabitan Spider, Hujan, Ruffedge, Dolla, Bunkface, Insomniacks dan Bella Astillah mewakili setiap generasi masing-masing disifatkan relevan dalam usaha membangkitkan nilai-nilai kemerdekaan dalam masyarakat hari ini,” ujar Iliyas Jamil.

Menyasarkan 15,000 penonton, tiket dijual pada harga RM70 (JIWA- berdiri) dan RM50 (MERDEKA- duduk) untuk EARLY BIRD serta  RM120 (JIWA- berdiri) dan RM 90 (MERDEKA- duduk) dan boleh didapati di https://ilassotickets.com.

Jumpa anda di Konsert Jiwa Malaysia 2024!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...