Sebak rasanya bila teringat Lee Kwang-soo sudah pun menjalani penggambaran terakhirnya sebagai ahli “Running Man” kelmarin.
Dalam kesedihan itu, terdapat beberapa teori yang dibuat oleh netizen mengenai pengganti yang akan mengambil tempat Lee Kwang-soo dalam sebuah entri di satu laman komuniti sebelum ini.
Antara nama yang disebut sebagai calon ahli “Running Man” yang baru ialah Lee Yi-kyung, Zico, Nam Chang-hee, Lee Mi-joo dan Seol In-ah. Namun nama yang paling banyak disebut ialah Kang Han-na dan Kim Ji-suk.
Disebabkan oleh khabar angin ini yang bertiup kencang sejak beberapa hari ini, ramai peminat “Running Man” dan Lee Kwang-soo terutamanya meluahkan rasa tidak senang dengan entri berkenaan. Bagi mereka, luka peninggalan pelakon itu masih lagi ada, jadi tidak perlu menambahkannya lagi.
Bagi melegakan kerisauan ramai, satu laporan media telah pun mendapatkan pengesahan daripada pihak “Running Man” sendiri. Menurut mereka,
Tiada gantian ahli yang dibincangkan. Jadi buat masa ini, penggambaran akan berlangsung tanpe mengubah jumlah ahli sekarang.
Jadi, peminat “Running Man” tak perlu risau kerana mereka akan meneruskan program itu dengan ahli yang sama sahaja.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.