Ikuti Kami:

“Banyak Perkara Saya Tak Boleh Buat Sebab Saya Idola K-Pop..” – Jennie BLACKPINK

“Banyak Perkara Saya Tak Boleh Buat Sebab Saya Idola K-Pop..” – Jennie BLACKPINK

Bukan senang tau nak jadi idola K-Pop..

BACA: “Saya Tak Boleh Kawal..” – Sering Dikritik ‘Malas’ Menari, Jennie BP Dedah Perkara Sebenar

Baru-baru ini, Jennie BLACKPINK telah tampil berkongsi mengenai pelbagai perkara menerusi rancangan podcast “Dua Lipa: At Your Service”.

Dalam podcast itu, Jennie menceritakan tentang kerjayanya sebagai penyanyi dalam industri K-Pop. Jelasnya pada awalnya,

Memulakan kerjaya saya di Korea sebagai artis K-Pop telah menyekat begitu banyak sisi saya di mana ia tidak dibenarkan untuk ditunjukkan kerana saya seorang idola K-Pop.

Sambung penyanyi berumur 27 tahun itu,

Dari semasa ke semasa, saya dapat meluahkan perasaan saya dan orang akan melihatnya sebagai melanggar sempadan. Ketika itulah saya sedar, saya mahu memecahkan lebih banyak sempadan untuk orang dalam budaya sama dan memahami bahawa awak boleh mengekspresikan diri awak seperti yang awak mahukan.

jennie dua lipa at your service

Bukan itu sahaja, Jennie juga turut mendedahkan kepada Dua Lipa bahawa dia pernah rasa menyesal menjadi seorang rapper,

Saya sebenarnya tidak pernah berpeluang untuk benar-benar meneroka bidang nyanyian semasa menjadi pelatih kerana saya diberitahu bahawa saya harus menjadi seorang rapper. Terdapat satu fasa di mana saya tidak suka rap. Saya melihat kembali video persembahan kami untuk tengok sama ada saya menikmati rap di atas pentas dan saya cukup bertuah kerana dapat jadi seorang penyanyi rap yang ‘gila’ dan juga boleh menyanyi pada bila-bila masa yang saya mahu.

Jennie memang serba boleh la!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...