Ikuti Kami:

Bantu Solekan Tahan Lama Walaupun Kulit Wajah Berminyak, BNB Loose Powder, Finishing Makeup WAJIB ADA!

Bantu Solekan Tahan Lama Walaupun Kulit Wajah Berminyak, BNB Loose Powder, Finishing Makeup WAJIB ADA!

“Untungnya jadi artis ni, makeup stay je kat muka. Kalau aku ni, baru berpeluh hilang terus makeup”

Solekan dan cuaca merupakan dua perkara yang saling berkait rapat. Memandangkan Malaysia ni boleh dikatakan panas sepanjang tahun, rata-rata daripada kita mudah mengalami masalah kulit berminyak.

Apa yang tak best tentang kulit berminyak ni ialah kalau berpeluh, muka senang rasa tak selesa. Itu belum lagi kalau pakai makeup, terus CAIR!!! Geramnya!

Kadang-kadang kami cemburu tengok artis Kpop ni, makeup diorang stay flawless je. Tapi korang tau tak sebenarnya nak maintain makeup kat muka ada caranya? Rahsianya pada finishing makeup korang iaitu loose powder. 

Nak tau loose powder terbaik di pasaran? Ini 3 sebab kami approve loose powder barenbliss (BNB).

1. barenbliss, BNB Loose Powder Bantu ‘Lock’ Makeup Pada Wajah!

Baru-baru ni kan, kami ada cuba satu loose powder daripada jenama K-Beauty barenbliss (BNB). Kalau korang nak tau, fungsi loose powder adalah untuk membantu memerangkap sebum pada wajah. Hasilnya, makeup korang ada tahan lebih lama walaupun cuaca panas.

Bagi barenbliss BNB loose powder ni, kami menggunakan kod (03) Beige Choco Float, yang sesuai bagi mereka yang mempunyai tona kulit medium hingga tan.

Tekstur loose powder ni yang ringan, membuatkan korang tak rasa ‘berat’ pada wajah. Loose powder biasanya akan digunakan sebagai finishing makeup, selepas korang mengenakan foundation atau blusher. Ini bagi membantu solekan terletak elok pada wajah.

Bukan tu je, kalau korang pakai mask lepas menggunakan loose powder ni, makeup korang tak hilang atau melekat kat mask yang korang guna pun tau!

Pengalaman kami sendiri menggunakan loose powder barenbliss (BNB) ni ialah, first sekali ia membantu memudarkan pori-pori yang terbuka. Terdapat sesetengah foundation di pasaran tak dapat nak berikan coverage penuh untuk tutup pori. 

Tapi nasib baiklah ada loose powder ni, terus nampak flawless je kulit. Teksturnya yang lembut dengan micro highlighter membuatkan wajah terus nampak glow selepas digunakan. Paling kami suka, bau vanila segar yang matching dengan loose powder ni.

2. Solekan tak smudge & tahan lama pada wajah!

Kalau korang rasa loose powder barenbliss (BNB) ni sama macam loose powder yang lain, korang mungkin silap. Sebab kami dah gunakan beberapa jenis loose powder sebelum ni, tapi untuk barenbliss (BNB) ia ternyata berbeza.

Animated GIF - Find & Share on GIPHY

Di pasaran terdapat loose powder yang akan membuatkan solekan menjadi smudge hingga terpaksa di apply semula. Tapi berbeza dengan jenama barenbliss (BNB), sebab ia tak mengganggu solekan langsung!

Solekan yang kami apply daripada pagi sebelum ke pejabat terletak elok pada wajah sehinggalah kami pulang ke rumah tau!

3. Sweatproof? Ini kami approve!

Animated GIF - Find & Share on GIPHY

Animated GIF - Find & Share on GIPHY

Awal tadi kami ada timbulkan ‘kebimbangan’ yang makeup cair bila muka berpeluh kan? Haa.. Korang tau tak, yang barenbliss (BNB) loose powder ni bukan hanya waterproof, malah sweatproof juga tau!

Menggunakan Canada Manicouagan Clay yang kaya dengan mineral dan elemen oligo serta Minty Menthol untuk membantu memudarkan pori, mengawal sebum dan paling penting membuatkan wajah tampak segar  . Korang pasti fall in love dengan loose powder macam kami.

Kami cuba sendiri menggunakan paper oil lepas makeup, biasanya banyak sebum yang terkumpul tapi lepas guna je loose powder ni, hasilnya memang berbeza sangat!

3 pilihan warna yang sesuai untuk semua jenis kulit

Selain kod 03 yang kami gunakan, sebenarnya barenbliss (BNB) Loose Powder ni ada lagi 2 tona iaitu (01) Light Vanilla Iced untuk korang yang mempunyai tona kulit light ke medium dan (02) Medium Mango Sorbet untuk korang yang mempunyai tona kulit yang light ke tan.

Jadi pastikan pilih ikut tona kulit korang yang betul tau!

Lengkapkan solekan dengan barenbliss (BNB) Loose Powder!

Jom dapatkan solekan flawless dan tahan sehingga malam dengan barenbliss (BNB) Loose Powder. Dapatkannya sekarang dari Shopee atau Lazada!.

Untuk maklumat lanjut tentang produk kecantikan barenbliss (BNB) Loose Powder ni, ikuti media sosial mereka di Instagram, Facebook, TikTok dan YouTube.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...