Ikuti Kami:

Bantu Seoul Jadi Bandaraya Mesra Muslim, Khaleed Dianugerahkan Rakyat Kehormat Seoul

Bantu Seoul Jadi Bandaraya Mesra Muslim, Khaleed Dianugerahkan Rakyat Kehormat Seoul

Pasti anda kenal dengan Khaleed kan? Lelaki ini mula popular selepas muncul dalam rancangan “Abnormal Summit” bagi membincangkan mengenai sesuatu isu semasa berdasarkan pandangan orang Malaysia. Sejak adaripada itu, lelaki tersebut mula dikenali dalam kalangan peminat K-Drama dan K-Pop.

Terbaru, Khaleed dikhabarkan telah dianugerahkan anugerah Rakyat Kehormat Seoul oleh Datuk Bandar Seoul sendiri. Bangganya!

Menurut entri di Facebook rasminya itu, dia menerima pengiktirafan itu kerana usahanya dan isteri (Lee Seul) dalam menjadikan Seoul sebuah Bandaraya Global yang mesra muslim dengan mengetengahkan pelancongan halal dan menjadi salah satu duta kecil yang menghubungkan Malaysia dan Korea Selatan.

Khaleed juga tidak lupa untuk menitipkan jutaan terima kasih kepada semua orang yang memberikan kata-kata semangat atas perjuangannya ini.

Bagi yang bertanya mengenai kewarganegaraan Khaleed kini, jangan risau! Dia sendiri mengesahkan bahawa ‘Malaysia ialah tanah airku!’.

pasangan malaysia korea

Semoga Khaleed terus mengharumkan nama Malaysia di Korea!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...