Ikuti Kami:

Bangga Menjadi Rakyat Malaysia, Ini Sumbangan Terbesar Negara Kita Kepada Korea

Bangga Menjadi Rakyat Malaysia, Ini Sumbangan Terbesar Negara Kita Kepada Korea

Nak tahu tak di Korea ada jambatan yang dibina khas untuk menghargai hubungan diplomatik antara negara Korea dan Malaysia.

Bagi yang belum pernah dengar tentang macam mana boleh terbinanya jambatan Malaysia ini, jom KimchiDaily nak kongsikan serba sedikit tentangnya.

Latar Belakang

Kebanyakan anak muda sekarang mempunyai ilmu pengetahuan tentang negara Korea kerana penangan dunia hiburan K-Pop yang semakin meluas di negara kita. Hanya satu jam perjalanan dari ibu kota Korea Selatan, Ma-raysia-gyo menjadi peringatan tentang kehebatan ekonomi Malaysia suatu ketika dahulu. Jambatan itu dinamakan Jambatan Malaysia sebagai penghormatan kepada negara kita. Jambatan itu telah menjadi simbol hubungan diplomatik yang kukuh dikongsi kedua-dua negara serta tanda persahabatan abadi mereka.

Siap dibina pada 25 Ogos 1966

Sebelum ia dibina, penduduk Paju tidak dapat melintasi kawasan itu pada waktu hujan kerana ia dipenuhi air. Kanak-kanak juga tidak dapat ke sekolah setiap kali tiba waktu hujan. Dengan bantuan yang diberi oleh kerajaan Malaysia untuk membina jambatan, mereka sangat berterima kasih kerana dapat melakukan rutin harian seperti biasa.

Lebih membanggakan kewujudan jambatan ini adalah kerana untuk menghargai jasa negara Malaysia yang pernah membantu Korea Selatan dari segi kewangan. Malaysia menyumbangkan wang untuk bina jambatan itu sekitar tahun 1963. Oleh sebab itu ia dinamakan jambatan Malaysia atau di Korea ia dikenali sebagai Ma-raysia-gyo. Ia mungkin tidak dikenali secara meluas, tetapi masyarakat di Paju sangat menghargai kewujudan jambatan tersebut.

Jambatan Malaysia

Di tepi jambatan itu tertera info tentang pembangunannya dan jelas terpapar perkataan Ma-raysia-gyo yang menjadi bukti hubungan baik antara Malaysia dan Korea pada ketika itu. Ma-raysia merupakan perkataan Malaysia yang digunakan oleh orang dulu di Korea.

Walaupun jambatan ini nampak sangat biasa dan tidak gah seperti jambatan lain, ia sebenarnya sangat bermakna bagi penduduk Paju kerana telah banyak membantu mereka untuk terus menjalani kehidupan harian tanpa rasa risau lagi.

Bangga kan jadi rakyat Malaysia.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...